Saturday, 30 June 2012

hanya untuk dirimu........

TUHAN JAGAKAN DIA :')

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
         
Tuhan jagakan dia,
dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia,
dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia,
dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia,
dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku




~this song reminds me of him, someone special in my heart <3
~Tuhan jagakan dia walau di mana sahaja dia berada :')




Thursday, 28 June 2012

ini aku, seorang insan biasa

aku insan biasa, yang menjalani kehidupan normal seperti insan-insan yang lain. aku insan biasa, yang menjalani rutin harian yang sama. hidupku biasa-biasa sahaja, tiada apa-apa yang istimewa. dilahirkan sebagai seorang perempuan oleh makku yang bernama Masni bt Apong. mak dan ayahku, Abdul Amit bin Kula menamakan aku Najwa Nabilah. Najwa bermakna bisikan rahsia atau berbisik-bisikan manakala Nabilah bermakna yang cerdik atau mahir. ada orang pernah cakap kat aku, nama Najwa tak elok sangat. bila aku tanya mengapa, dia cakap nama Najwa adalah nama anak jin. hmmm mentang-mentanglah maksud nama Najwa berbisik-bisikkan, dia ingat nama tu ada kaitan dengan jin agaknya. huhu. kalau nama Najwa tu tak elok, takkan mak dan ayah aku nak letak aku x elok untuk anak dia kan?? mak aku sendiri cakap dia pilih nama aku dalam buku pilihan nama-nama elok dalam Islam. x kan x elok kot?? huhu. ada juga yang cakap kat aku yang biasanya orang yang bernama Najwa ni ada banyak rahsia. ye ke?? aku tak tahu pula aku ni ada banyak rahsia atau tak. mentang-mentanglah maksud nama aku ada perkataan rahsia, dia ingat aku ada banyak rahsia agaknya. huhu. hmm apa-apa saja la. yang penting nama aku telah ditetapkan sebagai Najwa Nabilah sejak kecil lagi dan aku bersyukur dengan nama aku tu. aku ni anak sulung dan aku ada enam orang adik yang sangat aku sayang, Najwan Nabil yang suka aku sakat, Najwan Nafis yang suka menyendiri, Najwa Najihah satu-satunya adik perempuan aku, Najwan Najihan yang suka makan, Najwan Nabihan yang sangat lembut hatinya dan Najwan Nabihan yang sangat manja dan aku sangat rapat dengannya. aku sayang sangat kat mak, ayah dan adik-adik aku ni. selain keluarga aku, ada lagi seorang hero yang aku sayang. jeng jeng jeng.. siapa lagi kalau bukan Bruno Mars aku :) hehe

dalam ni ada semua orang yang aku sayang :)

hmm aku masih tak tahu nak menggambarkan diri aku ni macam mana. tapi yang aku pasti, aku suka lakukan perkara tanpa paksaan. kalau ada yang paksa-paksa aku, siaplah! satu apa pun aku tak akan ikut. orang tu buat lah apa pun, akhirnya orang tu yang akan sakit hati sendiri kot dengan perangai aku nanti. bhahaha. hmm aku rasa orang yang kenal aku tahu kot aku ni macam mana, simple je aku ni kan kan?? hahaha. 
aku rasa aku dah tak tahu nak cakap apa lagi, ketandusan idea pula pada waktu tengah hari yang sangat panas ni. haha. 

p/s : semoga kehidupan kita diberkati dan dilimpahi nikmat yang tiada tandingannya oleh Allah
       hargailah dan gunakanlah nikmat tersebut sebaik-baiknya 
       finally, don't forget to smile, coz when you are smiling, the people around you will also smile :)

Wednesday, 27 June 2012

kehidupan


hidup umpama roda
kadang kala kita di atas
kadang kala kita di bawah
kadang kala kita gembira
kadang kala kita sedih
kadang kala kita ketawa
kadang kala kita menangis
kadang kala hidup kita penuh dengan masalah
kadang kala hidup kita kosong dan sepi
kadang kala hidup kita aman dan tenteram
kita tidak akan pernah tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang
kita hanya tahu perkara yang telah berlaku dan sedang berlaku
namun walau apa pun yang kita telah lalui, sedang lalui dan akan lalui
kita harus ingat semua itu adalah rencah kehidupan
tanpanya hidup kita tiada erti
tanpanya kita tidak akan tahu makna sebuah kehidupan
kita harus sabar, kita harus tabah
demi sebuah kehidupan yang sempurna
demi sebuah kehidupan yang kita inginkan
oleh itu, hadapilah segalanya dengan senyuman
kerana dengan senyuman kita akan dapat satu perasaan
perasaan yang mendorong kita untuk cekal dan tabah
dan memberi keyakinan bahawa setiap masalah pasti ada cara penyelesaian


p/s : aku cuma insan biasa yang mempunyai kehidupan seperti orang lain 
       walau apa pun kehidupan yang aku lalui 
       akan kuhadapi kehidupan itu dengan senyuman :)
       dan aku yakin Allah ada dengan ku........