Thursday, 13 September 2012

refleksi minggu kelima : perbezaan perasaan dan emosi

Assalamualaikum WBT. Perasaan dan emosi adalah dua perkara yang sering kita dengar dan kita merasakan bahawa kedua-dua perkara ini adalah sama. Namun hakikatnya, perasaan dan emosi adalah dua perkara yang berbeza. Perasaan adalah gejala psikologi yang bersifat subjektif dan merupakan perihal merasa dengan badan atau kulit manakala emosi adalah perasaan jiwa yang kuat dan diekspresikan dengan sedih, gembira, takut dan lain-lain. 


Menurut Dakir (1984) dalam Sundari, Linschoten membahagi perasaan manusia menjadi tiga bahagian :
1.Suasana Hati
Yang dimaksud suasana hati adalah rasa yang terkandung dalam situasi kejiwaan yang dapat berlangsung lama, meliputi : (a) Euphooryaitu rasa gembira; (b) Netral yaitu rasa acuh tak asuh; (c) Dysphoor yaitu rasa murung.
2.Perasaan Dalam Arti Sempit
Suatu rasa yang bersangkut paut dalam situasi yang di dalamnya terdapat hasil konfrontasi harga diri dengan harga lain, sehingga terdapat bermacam-macam perasaan. Misalnnya rasa heran, antipati, simpati, belas kasihan, benci, rasa hormat dan sebagainya. Setiap hasil konfrotasi antara pribadi dan objeknya, menghasilkan nilai yang berbeda tergantung pada nilai pribadi dan nilai objeknya.
3.Emosi
Emosi merupakan bagian dari perasaan dalam artian luas. Emosi tampak karena rasa yang bergejolak sehingga yang bersangkutan mengalami perubahan dalam situasi tertentu. Karena afektifitas melebihi batas yang bersangkutan tidak dapat menyesuaikan diri dengan sekitarnya.

Menurut Chaplin (1972) perasaan adalah keadaan individu sebagai akibat dari persepsi sebagai akibat stimulus baik externel mahupun internal. Mengenai emosi, Chaplin berpendapat bahwa definisi mengenai emosi cukup bervariasi yang dikemukakan oleh para ahli psikologi dari berbagai orientasi. Namun demikian dapat dikemukakan atas “general agreement” bahwa emosi merupakan reaksi yang kompleks yang mengandung aktiviti dengan darjat yang tinggi dan adanya perubahan dalam kejasmanian serta berkaitan dengan perasaan yang kuat, karana itu emosi lebih terdedah daripada perasaan, dan sering terjadi perubahan perilaku, hubungan dengan lingkungan kadang-kadang terganggu.

Perasaan terbahagi kepada dua iaitu :
1. Perasaan jasmani
         a. perasaan indriah : perasaan yang berhubung dengan perangsang panca indera seperti pahit, masin          dan manis.
           b. perasaan vital : perasaan yang berhubungan dengan keadaan jasmani seperti loya, segar dan lemah.
2. Perasaan rohani
           a. perasaan keagamaan : perasaan yang berhubungan dengan agama. 
           b. perasaan intelektual : perasaan yang berhubungan dengan hasil pemikiran.
           c. perasaan kesusilaan : perasaan yang berhubungan dengan hukum karma.
           d. perasaan keindahan : perasaan yang berhubungan dengan seni
           e. perasaan sosial : perasaan yang berhubung dengan manusia
           f. perasaan harga diri : perasaan yang berhubungan dengan penilaian orang lain terhadap diri sendiri


Perkembangan Emosi
Emosi berkembang sejak anak lahir. Emosi ditimbulkan oleh adanya rangsangan. Pengalaman-pengalaman atau latihan-latihan dapat mempengaruhi efektifnya rangsangan dalam menimbulkan emosi mahupun menghambat timbulnya emosi. Pada masa kanak-kanak ekspresi emosi sukar dibezakan, makin besar makin dewasa makin banyak anak belajar mengekspresikan emosi ke dalam kalangan masyarakat. Selain itu anak makin dapat membezakan rangsang-rangsang. Emosi nampak dari luar berupa tingkah laku yang sesuai dengan cara-cara yang dipelajari dari masyarakat. Pengalaman sangat mempengaruhi perkembangan dan kematangan emosi. Orang yang mempunyai banyak pengalaman dan yang bersifat positif tentu saja akan berbeda perkembangan dan kematangan emosinya. Pengalaman yang didapat dari keluarga, sekolah pergaulan, jabatan akan menentukan corak perkembangan emosi. Di samping itu adanya media massa sedikit banyak memberikan pengaruh terhadap perkembangan emosi.
Menurut hasil penelitian mengungkapkan hubungan antara pengendalian emosi dengan faktor genetik masih sedikit diragukan, penelitian akhir-akhir ini,menurut Goleman (1997) bahwa pengaruh genetik dari emosi terlihat pada perangai seseorang. Kecenderungan perangai individu dapat dilatih melalui proses belajar sepanjang hidup. Pengalaman individu dapat diperoleh secaara sengaja dan tidak sengaja. Pemberian pengalaman melalui proses belajar/pelatihan yang terencana memungkinkan dapat mengubah beberapa sifat seseorang .



Peranan Emosi Dalam Kehidupan
Sorenson menyatakan bahwa emosi sangat penting dalam kehidupan. Emosi mempunyai kebaikan dan keburukan.
1. Emosi Memperkaya Kehidupan
Emosi selalu mengalami pasang dan surut. Saat-saat yang sangat berharga apabila kita diliputi rasa perasan dan bangga. Sebaliknya apabila kita diliputi rasa tak bahagia merupakan saat yang susah dan kegelapan. Keadaan bahagia itu disebabkan kerana pancaran kebahagiaan dari emosi, dan sebaliknya, menunjukkan kesedihan antara bahagia dan tidak bahagia terdapat bervariasi. Kesemuanya itu akan mennentukan nilai pada hidup kita. Tanpa emosi hidup kita tak akan disertai cinta, persahabatan, bangga, marah, gelisah, takut dan sebagainya. Dengan emosi tersebut manusia berusaha mencapai cita-citanya.
2.Emosi Menciptakan Pembatasan Kehidupan
Emosi mempersatukan kita. Antara manusia yang satu dengan yang lain kerana masing-masing pernah mengalami perasaan yang sama. Misalnya pernah merasa takut, marah, cinta, benci, bangga dan sebagainya.
3.Emosi Sebagai Dasar Kehidupan Seni
Banyak yang percaya bahwa seni merupakan pancaran hidup. Sedangkan emosi itu berasal dari hidup itu sendiri. Tolstoy tanpa ragu-ragu menunjukkkan hubungan antara emosi dengan seni. Perasaan emosi diwujudkan dalam bentuk kata-kata, gerakan-gerakan, garis-garis, dan bunyi-bunyian.
4.Emosi Memberikan Tenaga Tambahan
Dalam saat-saat tertentu, kita mempunyai kekuatan yang mengagumkan, sehingga dapat berguna saat itu.
5.Emosi Memacu Untuk Berbuat Baik
Bila kita perhatikan dan kita selidiki hubungan manusia dengan manusia lain itu berdasarkan atas rasa (emosi) cinta, seperti terwujudnya persaudaraan, persahabatan, kemurahan hati, pertolongan pada orang lain.
6.Emosi Merupakan Ubat Penguat
Perasaan emosi yang riang, perasaan emosi yang senang dan gembira dapat merupakan ubat penguat bagi kesegaran jiwa juga kesegaran jasmani.

refleksi minggu keenam : jenis emosi

Assalamualaikum WBT. Terdapat pelbagai jenis emosi. Antaranya ialah :


1. Gembira 
Semua manusia inginkan kegembiraan. Apabila seseorang gembira, mereka melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai. Sebagai contoh, apabila seseorang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan, orang itu akan memberitahu berita tersebut kepada ibu bapanya, sahabat, jiran dan sebagainya. Perasaan seronok membuatkan seseorang berasa tenang, bersemangat, melupakan masalah yang sedang dihadapi dan sebagainya. Kadang kala, apabila seseorang itu terlampau seronok, mereka akan menangis kerana terlalu gembira. Apabila seseorang gembira, pipinya terangkat, mata berbentuk bulan sabit serta bibir berbentuk perahu.
2. Rasa bangga 
Tercetus bila seseorang terasa dihormati/dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.
Selain itu, rasa bangga juga tercetus apabila seseorang itu dipuji kerana kelebihan yang dimilikinya oleh orang lain. Sebagai contoh, seseorang akan berasa bangga apabila diri mereka dipuji kerana mempunyai bakat dalam lakonan.perasaan bangga juga boleh tercetus apabila seseorang itu berjaya melakukan sesuatu hasil usahanya sendiri.
Perasaan bangga juga boleh membawa kepada kesan negatif. Sebagai contoh, apabila seseorang itu terlampau berbangga dengan dirinya, mereka mudah terlupa dan seterusnya mungkin meninggi diri atau sombong. Perasaan bangga seharusnya dikawal agar tidak mendatangkan kesan buruk terhadap diri sendiri.
3. Simpati 
Perasaan simpati merupakan perasaan yang baik dan perasaan ini terdapat di dalam diri setiap individu. Simpati bermaksud perasan belas kasihan atau ambil berat terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Perasaan simpati selalunya tercetus terhadap perkara-perkara sedih atau kemalangan.
Perasaan simpati terhasil apabila seseorang itu melihat atau merasai akan kesedihan yang dialami oleh individu lain. Sebagai contoh, anda akan berasa simpati apabila rakan karib anda ditimpa musibah dan anda akan kasihan kepadanya lalu cuba untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kawan anda itu.
Selain daripada perasaan simpati terhadap sesama manusia, perasaan simpati juga berlaku terhadap binatang dan tumbuhan. Perasaan simpati atau belas kasihan ini ditunjukkan melalui perbuatan seperti memberi haiwan makan, menghantar haiwan peliharaan ke klinik haiwan jika haiwan itu sakit dan sebagainya. Di dalam ajaran agama islam juga menyeuruh agar setiap manusia menjaga serta belas kasihan terhadap haiwan.

4. Malu 
Setiap manusia mempunyai perasaan malu baik lelaki atau wanita. Perasaan ini menjadikan manusia menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri.
Selalunya, apabila seseorang bersa malu, mukanya akan kemerah-merahan, kepala tertunduk, diam dan kadang kala lari daripada perkara yang memalukan itu. Perasaan malu mempunyai kesan positif dan negatif. Kesan positifnya ialah perasaan malu dapat menghalang seseorang itu daripada melakukan perkara melampaui batas, memalukan, menjatuhkan maruah dan sebagainya. Manakala kesan negatifnya pula ialah apabila perasaan malu dalam diri seseorang itu terlampau malu tidak bertempat, merka mungkin menghadapi kesukaran dalam berbagai perkara seperti berhadapan dengan orang ramai, tidak yakin membuat sesuatu perkara dan sebagainya.

5. Reda 
Perasaan reda atau pasrah wujud di dalam diri seseorang apabila sesuatu perkara atau peristiwa telah berlaku sama ada yang baik atau buruk. Perasaan ini selalunya timbul di dalam diri seseorang yang mempunyai pemikiran positif dan tidak mudah putus asa.
Selalunya, apabila seseorang ditimpa musibah, mereka akan menyalahkan orang lain serta tidak dapat menerima musibah dan mengeluh. Tetapi, kepada orang yang mempunyai pemikiran positif, mereka dapat menerima musibah dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai satu ujian daripada Tuhan. Mereka akan reda dengan ketentuan Ilahi dan bangkit dari kesilapan untuk memperbaiki kelemahan.
6. Rindu 
Emosi rindu merupakan suatu perasaan yang selalu kita dengari. Rindu merupakan satu perasaan yang menyeksakan bagi sesetengah orang. Perasaan ini berkait rapat dengan hubungan sesama manusia.
Perasaan ini tercetus apabila orang yang disayang atau rapat tidak ada di depan mata. Apabila orang yang disayang itu berjauhan, maka perasaan rindu pada orang itu mula timbul. Ada orang kata, ubat hilangkan rindu ialah berjumpa dengan orang yang dirindu itu.

7. Sedih 
Emosi sedih akan timbul bilamana seseorang dihadapkan pada keadaan yang
mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit.
Emosi sedih boleh membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan murung. Justeru, apabila seseorang berasa sedih, dia hendaklah mengawal perasaan itu dengan sebaiknya. Membuat aktiviti seperti bersenam, berjumpa kawan-kawan dan sebagainya dapat melupakan seketika perasaan sedih itu. Jika boleh, kongsi perasaan sedih itu bersama teman rapat agar perasaan sedih dapat dikurangkan.
8. Marah 
Marah adalah merupakan emosi yang hadir bersama emosi yang lain seperti kecewa, tersinggung, malu, tertekan, takut, rasa tidak dihargai, tidak diterima dan bimbang. Pertembungan emosi tersebut menyebabkan kita marah.
Kemarahan yang kita pamerkan ini kadangkala sukar untuk kita kawal sehingga wujudnya perlakuan-perlakuan negatif yang kita sendiri tidak bermaksud untuk melakukannya. Sekarang ini banyak kita baca dan kita lihat pelbagai insiden yang melibatkan emosi marah.
Apabila kita marah seluruh tubuh kita bertindakbalas terhadap rangsangan emosi tersebut. Dalam konteks fisiologi, tubuh kita menggeletar, jantung berdegup kencang dan suara menjadi kuat. Apabila ini yang berlaku, maka kita perlu bersikap rasional kerana ianya boleh mengundang perkara yang buruk. Apapun, kemarahan itu sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik. Di negara barat, institusi yang berkaitan dengan pengurusan marah banyak diwujudkan. Tidak seperti negara asia yang masih lagi terbelenggu dengan perasaan malu untuk berjumpa kaunselor atau psikatri untuk meluahkan pendaman mereka akibat rasa marah.
9. Takut 
Takut ialah perasaan terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Berlakunya ketegangan mental akan memunculkan rasa takut. Ketakutan
seseorang individu berbeza dengan ketakutan individu yang lain. Ada yang takut melihat ular, anjing, takut pada ketinggian, takut berbicara hadapan orang ramai dan sebagainya.
10. Cemas 
Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu seseorang berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.

11. Rasa bersalah 
Wujud apabila seseorang melakukan sesuatu yang dianggap ‘keluar’ dari ’standard’ tingkah laku yang baik. Seseorangl akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang seseorang meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.

12. Geli 
Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang berhati-hati agar tidak ‘terkena’ perkara yang yang digelikan. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.
13. Kecewa 
Perasaan kecewa timbul apabila sesuatu yang kita inginkan tidak tercapai. Kecewa juga boleh hadir apabila orang yang kita percaya menipu diri kita. Kita akan menangis atau bermurung ketika bersedih.Selalunya, perasaan sedih akan beransur hilang dari hari ke hari. Selepas kecewa, kita mungkin akan bangkit dari kekecewaan dan bangkit menebus kekecewaan itu.
14. Terkejut 
Seseorang apabila dia menduga sesuatu akan berlaku tetapi yang terjadi itu adalah tidak terduga maka akan membuat dia merasa terkejut dan akibatnya jiwa akan tertekan. Semasa terkejut, degupan jantung akan bertambah dan kadang kala badan akan menggigil.
15. Stress 
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Apabila seseorang mengalami stress, mereka akan menunjukkan tanda-tanda dan perubahan fizikal seperti sakit, terlalu kurus atau gemuk, hilang keceriaan diri, lesu, letih dan sebagainya. Mereka juga mengalami perubahan sikap seperti mudah marah, bosan, tidak mampu menguruskan diri, sentiasa berpandangan negatif, hilang pertimbangan dan sebagainya.
16. Cemburu 
Cemburu merupakan suatu perasaan yang ada di dalam diri setiap manusia. Perasaan cemburu timbul apabila seseorang berasa tidak setanding dengan orang lain. Sebagai contoh, seseorang akan berasa cemburu apabila orang lain lebih hebat atau dipandang tinggi berbanding dirinya. Cemburu juga berlaku apabila orang yang kita sayangi atau cintai rapat dengan orang lain. Sebagai contoh, si isteri akan berasa cemburu apabila suaminya rapat dengan perempuan lain.

 
jenis-jenis emosi :)

refleksi minggu keempat : elemen-elemen kecerdasan emosi

Assalamualaikum WBT. Bagi minggu keempat, saya telah mencari maklumat mengenai elemen-elemen kecerdasan emosi. Terdapat tujuh elemen kecerdasan emosi iaitu :
1. Kesedaran diri. Hal ini bermaksud individu mempunyai kesedaran terhadap perasaan sendiri dan kemampuan untuk mengenali dan mengelola perasaan itu.
2. Keanjalan emosi. Hal ini bermaksud individu mempunyai kemampuan untuk bekerja secara baik dan konsisten dalam pelbagai situasi dan tekanan.
3. Motivasi. Hal ini bermaksud dorongan dan kekuatan yang ada pada diri individu untuk mencapai hasil, menyeimbangkan tujuan jangka masa pendek dan jangka masa panjang dan berupaya mencapai cita-cita walaupun menghadapi pelbagai jenis halangan dan rintangan.
4. Sensitif terhadap orang lain. Hal ini bermaksud individu mempunyai kemampuan untuk merasakan keperluan dan perasaan orang lain di samping menggunakan kemampuan tersebut secara efektif dalam berinteraksi dengan orang lain dan mengambil keputusan mempengaruhi mereka ke arah yang sesuai.
5. Pengaruh. Hal ini bermaksud individu mempunyai kemampuan untuk memujuk orang lain agar mengubah sudut pandangan mereka terhadap suatu masalah, persoalan atau keputusan.
6. Responsif. Hal ini bermaksud individu mempunyai kemampuan untuk menggunakan wawasan dan interaksi dalam melaksanakan keputusan apabila berhadapan dengan maklumat yang tidak lengkap.
7. Bertanggungjawab dan berintegriti. Hal ini bermaksud individu mempunyai kemampuan untuk menunjukkan komitmen terhadap suatu tindakan saat menghadapi halangan dan rintangan di samping bertindak secara konsisten dan sesuai dengan syarat etika yang difahami.
Sekian, terima kasih.