Thursday, 30 August 2012

sore eyes!!


arrrrggghhh...
yups, i'm having sore eyes..
b'jngkit dr adek o mak aku la ni...
huaaaaa :'(
x ske gler nk mampos...
sakit woo wa bilang kt lu..
so, sila jauh kn diri dari saya jika anda syg diri anda..
huhu

dh jd mcm ni haa mata aku... 
xleh nk bkak besau2
n lekat cm kne gam!!
huhu

td aku kol ayah aku
slh sowg yg penah jd mangsa sore eyes ni
dye ckp jgn bg jangkit ag sblh
minum air byk2
coz dye akn wat bdn panas
jgn lpe clalu sapu ubt
lau ad taik o air mata 2 buang je
pasti kn lau sntuh mata 2,
sume nye bersih
mksd nye kne jaga kebersihan btol2 laa
huhu
baik ayah, akn ku ikut nasihatmu..

soo, tu je r nk luah kn
aku arap cgtcgtcgtcgtcgt xde y kne sakit mata ni dr aku
sakittt wooo
xpe2, sakit kn penghapus dosa
sabar2
huhu
k byeeeee
masih mampu senyum walaupun sakittttt :')

Monday, 6 August 2012

kehidupan yang berbaloi :')


Video yang saya pilih ialah sebuah video yang mengisahkan tiga kanak-kanak dan seorang wanita yang tiada pertalian darah langsung.. Wanita tersebut adalah Toi yang mengambil Kitty, Mack dan Toe untuk menjadi anak angkatnya.. Kitty merupakan seorang kanak-kanak dari keluarga porak peranda, Mack pula merupakan kanak-kanak yang menghidap sakit polio manakala Toe merupakan pencuri.. Toi adalah seorang wanita yang miskin dan dibuang suami.. Mereka hidup dengan gembira walaupun hidup dalam penuh kemiskinan.. Sebenarnya Toi menghidap penyakit kanser dan hanya boleh hidup tidak lebih dua tahun.. Walaupun Toi menghidap penyakit kanser, perkara tersebut tidak menghalang Toi untuk gembira dan mengajar anak-anaknya mengenai erti kehidupan.. Toi mengajar anaknya bahawa kehidupan yang berbaloi bukanlah kehidupan yang mencari harta semata-mata, bukan juga kehidupan yang mencari sanjungan dan bukan kehidupan untuk hidup lebih lama tetapi kehidupan yang berbaloi ialah kehidupan yang kita korbankan kepada orang lain sehingga mereka merasakan kehidupan mereka berbaloi.. 


Setelah menyaksikan video ini, hati saya amat tersentuh dengan sifat dan sikap Toi terhadap anak angkatnya.. Walaupun mereka tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Toi, namun Toi banyak mengajar mereka erti kehidupan.. Toi juga telah berjaya membuatkan kehidupan anak-anaknya lebih bermakna dan berbaloi.. Kehidupan yang miskin tidak menghalang mereka untuk terus menikmati hidup mereka dengan kegembiraan yang keseronokan.. Toi juga telah berjaya membuatkan pasakit-pasakit di hospital berasa gembira dan hal ini sedikit sebanyak membuatkan pesakit-pesakit tersebut merasakan kehidupan mereka berbaloi walaupun mereka berada dalam keadaan sakit..


Manusia pada masa kini hanya mementingkan hal keduniaan dan harta benda.. Mereka tidak menyedari bahawa semua benda tersebut tidak akan mampu membuat kehidupan menjadi sempurna, bermakna dan berbaloi.. Bagi saya, kehidupan yang berbaloi adalah kehidupan yang mampu membuatkan saya gembira dan orang yang saya sayang gembira walaupun tiada harta.. Memang tidak dapat dinafikan bahawa harta benda merupakan perkara yang diperlukan dalam kehidupan seharian.. Namun, bolehkah harta tersebut memberi kita satu kebahagiaan dan kehidupan yang berbaloi?? Tepuk dada, tanya selera.. Kadang kala harta yang menjadi penyebab utama kehidupan menjadi porak peranda terutama kepada orang yang gila harta iaitu orang yang mengejar harta dan meletakkan harta sebagai perkara penting dalam hidup mereka..


Melalui video ini juga saya dapat melihat keprihatinan Toi terhadap orang yang tidak bernasib baik dan sanggup membela hidup mereka.. Disebabkan keprihatinan Toi, anak-anak angkatnya dapat menjalankan kehidupan yang lebih baik dan gembira.. Tindakan Toi ini telah membuatkan kehidupan anak-anak angkatnya menjadi berbaloi.. 


Video ini telah membuatkan saya bercita-cita untuk memiliki sebuah kehidupan yang berbaloi.. Saya ingin mendapatkan kehidupan yang gembira dan berbaloi di samping orang yang tersayang.. Saya juga ingin menghadapi segala liku-liku kehidupan ini dengan senyuman walaupun hakikatnya kehidupan tersebut perit dan penuh rintangan.. Saya ingin menghadapi setiap kehidupan ini dengan kegembiraan dan keseronokan yang dapat membuat orang lain merasakan kehidupan mereka berbaloi..Yang paling penting ialah saya ingin membuatkan orang sekeliling yang saya sayangi berasa kehidupan mereka berbaloi..