Setelah menyaksikan video ini, hati saya amat tersentuh dengan sifat dan sikap Toi terhadap anak angkatnya.. Walaupun mereka tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Toi, namun Toi banyak mengajar mereka erti kehidupan.. Toi juga telah berjaya membuatkan kehidupan anak-anaknya lebih bermakna dan berbaloi.. Kehidupan yang miskin tidak menghalang mereka untuk terus menikmati hidup mereka dengan kegembiraan yang keseronokan.. Toi juga telah berjaya membuatkan pasakit-pasakit di hospital berasa gembira dan hal ini sedikit sebanyak membuatkan pesakit-pesakit tersebut merasakan kehidupan mereka berbaloi walaupun mereka berada dalam keadaan sakit..
Manusia pada masa kini hanya mementingkan hal keduniaan dan harta benda.. Mereka tidak menyedari bahawa semua benda tersebut tidak akan mampu membuat kehidupan menjadi sempurna, bermakna dan berbaloi.. Bagi saya, kehidupan yang berbaloi adalah kehidupan yang mampu membuatkan saya gembira dan orang yang saya sayang gembira walaupun tiada harta.. Memang tidak dapat dinafikan bahawa harta benda merupakan perkara yang diperlukan dalam kehidupan seharian.. Namun, bolehkah harta tersebut memberi kita satu kebahagiaan dan kehidupan yang berbaloi?? Tepuk dada, tanya selera.. Kadang kala harta yang menjadi penyebab utama kehidupan menjadi porak peranda terutama kepada orang yang gila harta iaitu orang yang mengejar harta dan meletakkan harta sebagai perkara penting dalam hidup mereka..
Melalui video ini juga saya dapat melihat keprihatinan Toi terhadap orang yang tidak bernasib baik dan sanggup membela hidup mereka.. Disebabkan keprihatinan Toi, anak-anak angkatnya dapat menjalankan kehidupan yang lebih baik dan gembira.. Tindakan Toi ini telah membuatkan kehidupan anak-anak angkatnya menjadi berbaloi..
Video ini telah membuatkan saya bercita-cita untuk memiliki sebuah kehidupan yang berbaloi.. Saya ingin mendapatkan kehidupan yang gembira dan berbaloi di samping orang yang tersayang.. Saya juga ingin menghadapi segala liku-liku kehidupan ini dengan senyuman walaupun hakikatnya kehidupan tersebut perit dan penuh rintangan.. Saya ingin menghadapi setiap kehidupan ini dengan kegembiraan dan keseronokan yang dapat membuat orang lain merasakan kehidupan mereka berbaloi..Yang paling penting ialah saya ingin membuatkan orang sekeliling yang saya sayangi berasa kehidupan mereka berbaloi..
No comments:
Post a Comment