Assalamualaikum WBT. Bagi minggu keempat, saya telah mencari maklumat mengenai elemen-elemen kecerdasan emosi. Terdapat tujuh elemen kecerdasan emosi iaitu :
1. Kesedaran diri. Hal ini bermaksud individu mempunyai kesedaran terhadap perasaan sendiri dan kemampuan untuk mengenali dan mengelola perasaan itu.
2. Keanjalan emosi. Hal ini bermaksud individu mempunyai kemampuan untuk bekerja secara baik dan konsisten dalam pelbagai situasi dan tekanan.
3. Motivasi. Hal ini bermaksud dorongan dan kekuatan yang ada pada diri individu untuk mencapai hasil, menyeimbangkan tujuan jangka masa pendek dan jangka masa panjang dan berupaya mencapai cita-cita walaupun menghadapi pelbagai jenis halangan dan rintangan.
4. Sensitif terhadap orang lain. Hal ini bermaksud individu mempunyai kemampuan untuk merasakan keperluan dan perasaan orang lain di samping menggunakan kemampuan tersebut secara efektif dalam berinteraksi dengan orang lain dan mengambil keputusan mempengaruhi mereka ke arah yang sesuai.
5. Pengaruh. Hal ini bermaksud individu mempunyai kemampuan untuk memujuk orang lain agar mengubah sudut pandangan mereka terhadap suatu masalah, persoalan atau keputusan.
6. Responsif. Hal ini bermaksud individu mempunyai kemampuan untuk menggunakan wawasan dan interaksi dalam melaksanakan keputusan apabila berhadapan dengan maklumat yang tidak lengkap.
7. Bertanggungjawab dan berintegriti. Hal ini bermaksud individu mempunyai kemampuan untuk menunjukkan komitmen terhadap suatu tindakan saat menghadapi halangan dan rintangan di samping bertindak secara konsisten dan sesuai dengan syarat etika yang difahami.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment