aku insan biasa, yang menjalani kehidupan normal seperti insan-insan yang lain. aku insan biasa, yang menjalani rutin harian yang sama. hidupku biasa-biasa sahaja, tiada apa-apa yang istimewa. dilahirkan sebagai seorang perempuan oleh makku yang bernama Masni bt Apong. mak dan ayahku, Abdul Amit bin Kula menamakan aku Najwa Nabilah. Najwa bermakna bisikan rahsia atau berbisik-bisikan manakala Nabilah bermakna yang cerdik atau mahir. ada orang pernah cakap kat aku, nama Najwa tak elok sangat. bila aku tanya mengapa, dia cakap nama Najwa adalah nama anak jin. hmmm mentang-mentanglah maksud nama Najwa berbisik-bisikkan, dia ingat nama tu ada kaitan dengan jin agaknya. huhu. kalau nama Najwa tu tak elok, takkan mak dan ayah aku nak letak aku x elok untuk anak dia kan?? mak aku sendiri cakap dia pilih nama aku dalam buku pilihan nama-nama elok dalam Islam. x kan x elok kot?? huhu. ada juga yang cakap kat aku yang biasanya orang yang bernama Najwa ni ada banyak rahsia. ye ke?? aku tak tahu pula aku ni ada banyak rahsia atau tak. mentang-mentanglah maksud nama aku ada perkataan rahsia, dia ingat aku ada banyak rahsia agaknya. huhu. hmm apa-apa saja la. yang penting nama aku telah ditetapkan sebagai Najwa Nabilah sejak kecil lagi dan aku bersyukur dengan nama aku tu. aku ni anak sulung dan aku ada enam orang adik yang sangat aku sayang, Najwan Nabil yang suka aku sakat, Najwan Nafis yang suka menyendiri, Najwa Najihah satu-satunya adik perempuan aku, Najwan Najihan yang suka makan, Najwan Nabihan yang sangat lembut hatinya dan Najwan Nabihan yang sangat manja dan aku sangat rapat dengannya. aku sayang sangat kat mak, ayah dan adik-adik aku ni. selain keluarga aku, ada lagi seorang hero yang aku sayang. jeng jeng jeng.. siapa lagi kalau bukan Bruno Mars aku :) hehe
dalam ni ada semua orang yang aku sayang :)
hmm aku masih tak tahu nak menggambarkan diri aku ni macam mana. tapi yang aku pasti, aku suka lakukan perkara tanpa paksaan. kalau ada yang paksa-paksa aku, siaplah! satu apa pun aku tak akan ikut. orang tu buat lah apa pun, akhirnya orang tu yang akan sakit hati sendiri kot dengan perangai aku nanti. bhahaha. hmm aku rasa orang yang kenal aku tahu kot aku ni macam mana, simple je aku ni kan kan?? hahaha.
aku rasa aku dah tak tahu nak cakap apa lagi, ketandusan idea pula pada waktu tengah hari yang sangat panas ni. haha.
p/s : semoga kehidupan kita diberkati dan dilimpahi nikmat yang tiada tandingannya oleh Allah
hargailah dan gunakanlah nikmat tersebut sebaik-baiknya
finally, don't forget to smile, coz when you are smiling, the people around you will also smile :)

No comments:
Post a Comment