assalamualaikum…..*tak jawap salam
berdosa..haha
salam ukhwah dan salam perpaduan
Pada hari yang indah lagi berbahagia
ini, saya ingin menyatakan bahawa saya sangat gembira dan teruja untuk menulis
refleksi mengenai subjek kegemaran saya pada semester ini iaitu subjek
Kecerdasan Emosi..*dengar sahaja subjek Kecerdasan Emosi, mesti semua orang
gembira kan?? Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan subjek ini terlebih
dahulu.. Saya akan menjalani interaksi subjek ini setiap minggu selama satu jam
untuk lima belas minggu bersama pensyarah yang sangat saya kagumi.. Melalui
subjek ini, saya dapat merasakan dan membuktikan bahawa saya mempunyai emosi
yang normal seperti orang lain.. Saya mempunyai perasaan gembira, marah, sakit
hati dan lain-lain.. Hal ini demikian kerana terdapat banyak input dan tugasan
yang saya perolehi bagi subjek Kecerdaan Emosi yang hanya dijalankan sejam
untuk seminggu.. Walaupun subjek lain yang mempunyai jam kredit lebih dari
sejam tidak diberikan tugasan sebanyak ini, saya rasa amat gembira dan berbesar
hati untuk menerima subjek Kecerdasan Emosi sebagai subjek major pada semester
ini..
Pada minggu pertama, saya dan
rakan-rakan sekuliah mempelajari perkara asas kepada Kecerdasan Emosi iaitu
kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual.. Kami diminta
untuk mencari nota untuk kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan
kecerdasan spiritual.. owh ya, pensyarah kami pada minggu pertama adalah bukan
pensyarah kami sekarang.. perkara yang saya pelajari pada minggu pertama ialah:
a) Kecerdasan emosi :
i)
menurut
Salovey dan Mayer, kecerdasan emosi iaitu EQ ialah kebolehan untuk mengurus
diri sendiri dan orang lain dari segi perasaan dan emosi, dapat membezakan
antara kedua-duanya dan boleh menggunakan maklumat itu untuk memandu pemikiran
dan tindakannya..
ii) menurut Goleman (1995), EQ merujuk
kepada kebolehan atau kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu dalam
memotivasikan diri, menjadikannya tabah dalam menghadapi kekecewaan, boleh
mengawal desakan hati, berupaya melakukan penundaan ganjaran, mengurus
perasaan, menghalang kesengsaraan daripada menguasai kebolehan berfikir serta
mempunyai sifat empati
iii) terdapat lima ciri-ciri EQ :
(1) kebolehan mengetahui emosi sendiri
(2) kebolehan dalam pengurusan emosi
(3) kebolehan mengenal emosi orang lain
(4) kebolehan meningkatkan motivasi
sendiri
(5) kebolehan menjalin persaudaraan
# Melalui
perkara di atas, saya mendapati bahawa emosi saya pada minggu tersebut berada
pada tahap paling stabil berbanding minggu kedua, ketiga dan keempat.. Hal ini
demikian kerana saya mengetahui dengan lebih jelas arah tuju subjek ini..
b) Kecerdasan intelek :
i)
menurut
Gardner (1999), kecerdasan intelek dapat diklasifikasikan kepada tujuh jenis
yang dikenali sebagai ‘Multiple Intelligence’ yang terdiri daripada kecerdasan
verbal atau linguistic, matematik atau logic, spatial atau ruang, jasmani atau
kinestetik, muzik atau irama, interpersonal dan intrapersonal
ii) menurut Goleman (1995), IQ iaitu
kecerdasan intelektual hanya menyumbang 20% kepada kejayaan seseorang individu,
sedangkan 80% lagi bergantung kepada faktor luar termasuk EQ.
# Melalui
perkara di atas, saya mendapati bahawa kecerdasan intelektual sahaja tidak
dapat menjamin masa depan seseorang. Namun, tanpa kecerdasan intelektual juga,
seseorang akan mudah tertipu dan terpedaya.. EQ diperlukan untuk mengawal diri
dan perasaan semasa menjana kecerdasan intelektual.. Oleh itu, IQ dan EQ
mempunyai kepentingan yang sama untuk meningkatkan potensi diri..
Pada minggu kedua, pensyarah kami
sekarang menggantikan pensyarah kami pada minggu pertama.. Aduh, sungguh malang
nasib ku! Perkara yang dinyatakan dalam interaksi pada minggu tersebut ialah
passion iaitu keghairahan.. Keghairahan di sini bermaksud perkara yang paling
disukai untuk dilakukan.. Terdapat banyak passion yang dinyatakan oleh rakan
sekuliah.. Antaranya, passion dalam bermain air, bermain dengan bayi, tidur dan
sebagainya.. Passion saya adalah duduk bersendirian di taman dan memerhati
perkara sekeliling.. Bagi saya, itulah perkara yang paling saya suka..
Pada minggu ketiga pula, kami
diberikan tugasan untuk membeli buku EQ, membedah buku EQ, menyediakan journal untuk
subjek Kecerdasan Emosi, mengupas video, membuat blog dan membuat refleksi
dalam blog..wow,wow,wow.. Saya ada enam tugasan bagi subjek Kecerdasan Emosi dalam
seminggu, kau ada?? sangat suka dengan tugasan yang diberikan kerana masa yang
ada untuk minggu ketiga ini memang hanya untuk subjek Kecerdasan Emosi, bukan
subjek lain.. Subjek lain tidak penting bagi kami yang mengambil subjek major
Kecerdasan Emosi.. Seronok kan belajar
Kecerdasan Emosi?? Bukan calang-calang orang dapat belajar seperti kami..
Disebabkan tugasan inilah, saya pergi ke taman pada minggu ketiga.. Baru minggu
ketiga kuliah dijalankan, saya sudah pergi ke taman.. Betapa perkara tersebut
memberi impak dalam diri saya ini..Terima kasih saya ucapkan, beribu-ribu
terima kasih, saya sangat hargainya..
assalamualaikum..bakal2 cikgu sume dah ade belog skang ea..hehe..akak nak follow x de button follow plak dah..hehe..classmate wan ke??hehe..akak kazen die..kalo free singgah belog aka..nak follow pun leh jugak..
ReplyDelete