Monday, 9 July 2012

refleksi hanya untukmu


assalamualaikum…..*tak jawap salam berdosa..haha
salam ukhwah dan salam perpaduan

Pada hari yang indah lagi berbahagia ini, saya ingin menyatakan bahawa saya sangat gembira dan teruja untuk menulis refleksi mengenai subjek kegemaran saya pada semester ini iaitu subjek Kecerdasan Emosi..*dengar sahaja subjek Kecerdasan Emosi, mesti semua orang gembira kan?? Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan subjek ini terlebih dahulu.. Saya akan menjalani interaksi subjek ini setiap minggu selama satu jam untuk lima belas minggu bersama pensyarah yang sangat saya kagumi.. Melalui subjek ini, saya dapat merasakan dan membuktikan bahawa saya mempunyai emosi yang normal seperti orang lain.. Saya mempunyai perasaan gembira, marah, sakit hati dan lain-lain.. Hal ini demikian kerana terdapat banyak input dan tugasan yang saya perolehi bagi subjek Kecerdaan Emosi yang hanya dijalankan sejam untuk seminggu.. Walaupun subjek lain yang mempunyai jam kredit lebih dari sejam tidak diberikan tugasan sebanyak ini, saya rasa amat gembira dan berbesar hati untuk menerima subjek Kecerdasan Emosi sebagai subjek major pada semester ini..
Pada minggu pertama, saya dan rakan-rakan sekuliah mempelajari perkara asas kepada Kecerdasan Emosi iaitu kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual.. Kami diminta untuk mencari nota untuk kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual.. owh ya, pensyarah kami pada minggu pertama adalah bukan pensyarah kami sekarang.. perkara yang saya pelajari pada minggu pertama ialah:
a)      Kecerdasan emosi :
i)        menurut Salovey dan Mayer, kecerdasan emosi iaitu EQ ialah kebolehan untuk mengurus diri sendiri dan orang lain dari segi perasaan dan emosi, dapat membezakan antara kedua-duanya dan boleh menggunakan maklumat itu untuk memandu pemikiran dan tindakannya..
ii)      menurut Goleman (1995), EQ merujuk kepada kebolehan atau kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu dalam memotivasikan diri, menjadikannya tabah dalam menghadapi kekecewaan, boleh mengawal desakan hati, berupaya melakukan penundaan ganjaran, mengurus perasaan, menghalang kesengsaraan daripada menguasai kebolehan berfikir serta mempunyai sifat empati
iii)    terdapat lima ciri-ciri EQ :
(1)   kebolehan mengetahui emosi sendiri
(2)   kebolehan dalam pengurusan emosi
(3)   kebolehan mengenal emosi orang lain
(4)   kebolehan meningkatkan motivasi sendiri
(5)   kebolehan menjalin persaudaraan
# Melalui perkara di atas, saya mendapati bahawa emosi saya pada minggu tersebut berada pada tahap paling stabil berbanding minggu kedua, ketiga dan keempat.. Hal ini demikian kerana saya mengetahui dengan lebih jelas arah tuju subjek ini..
b)      Kecerdasan intelek :
i)        menurut Gardner (1999), kecerdasan intelek dapat diklasifikasikan kepada tujuh jenis yang dikenali sebagai ‘Multiple Intelligence’ yang terdiri daripada kecerdasan verbal atau linguistic, matematik atau logic, spatial atau ruang, jasmani atau kinestetik, muzik atau irama, interpersonal dan intrapersonal
ii)      menurut Goleman (1995), IQ iaitu kecerdasan intelektual hanya menyumbang 20% kepada kejayaan seseorang individu, sedangkan 80% lagi bergantung kepada faktor luar termasuk EQ.
# Melalui perkara di atas, saya mendapati bahawa kecerdasan intelektual sahaja tidak dapat menjamin masa depan seseorang. Namun, tanpa kecerdasan intelektual juga, seseorang akan mudah tertipu dan terpedaya.. EQ diperlukan untuk mengawal diri dan perasaan semasa menjana kecerdasan intelektual.. Oleh itu, IQ dan EQ mempunyai kepentingan yang sama untuk meningkatkan potensi diri..

Pada minggu kedua, pensyarah kami sekarang menggantikan pensyarah kami pada minggu pertama.. Aduh, sungguh malang nasib ku! Perkara yang dinyatakan dalam interaksi pada minggu tersebut ialah passion iaitu keghairahan.. Keghairahan di sini bermaksud perkara yang paling disukai untuk dilakukan.. Terdapat banyak passion yang dinyatakan oleh rakan sekuliah.. Antaranya, passion dalam bermain air, bermain dengan bayi, tidur dan sebagainya.. Passion saya adalah duduk bersendirian di taman dan memerhati perkara sekeliling.. Bagi saya, itulah perkara yang paling saya suka..

Pada minggu ketiga pula, kami diberikan tugasan untuk membeli buku EQ, membedah buku EQ, menyediakan journal untuk subjek Kecerdasan Emosi, mengupas video, membuat blog dan membuat refleksi dalam blog..wow,wow,wow.. Saya ada enam tugasan bagi subjek Kecerdasan Emosi dalam seminggu, kau ada?? sangat suka dengan tugasan yang diberikan kerana masa yang ada untuk minggu ketiga ini memang hanya untuk subjek Kecerdasan Emosi, bukan subjek lain.. Subjek lain tidak penting bagi kami yang mengambil subjek major Kecerdasan Emosi..  Seronok kan belajar Kecerdasan Emosi?? Bukan calang-calang orang dapat belajar seperti kami.. Disebabkan tugasan inilah, saya pergi ke taman pada minggu ketiga.. Baru minggu ketiga kuliah dijalankan, saya sudah pergi ke taman.. Betapa perkara tersebut memberi impak dalam diri saya ini..Terima kasih saya ucapkan, beribu-ribu terima kasih, saya sangat hargainya.. 

1 comment:

  1. assalamualaikum..bakal2 cikgu sume dah ade belog skang ea..hehe..akak nak follow x de button follow plak dah..hehe..classmate wan ke??hehe..akak kazen die..kalo free singgah belog aka..nak follow pun leh jugak..

    ReplyDelete